Panglima Awang atau Henry The Black dan Enrique of Malacca merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia . Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan. Beliau telah diberikan nama Kristian 'Enrique' (Bahasa Sepanyol) atau 'Henrique' (Bahasa Portugis) setelah dibaptiskan dalam Gereja Katolik Roma oleh pihak Portugis sempena hari pembaptisannya yang merupakan perayaan St. Henry.
Arca Panglima Awang / Enrique of Malacca di Muzium Maritim Melaka, Malaysia.
Enrique adalah pahlawan / pendekar Melayu yang berjuang mempertahankan Melaka dari serangan tentera Portugis pada 1511. Beliau adalah 'hamba raja' kepada Sultan Mahmud, sultan Melaka yang terakhir. Di dalam kapal itu, Enrique bertugas sebagai jurubahasa di Sabah, kepulauan Mindanao dan sebagainya dan seterusnya menuju Lisbon, Portugis pada 1512.
Tafsiran lain menyatakan Enrique merupakan hamba dari Sumatera yang telah dibeli di pasar Melaka . Dia telah dibaptis dan diberi nama Henrique atau enrique. Nama sebenarnya tidak diketahui dengan jelas.
Apabila Raja Portugis lemah , Magellan berkhidmat pula dengan Raja Charles I dari Sepanyol pada 1517. Portugis telahpun menguasai Melaka dan kepulauan rempah khususnya di Maluku. Magellan memberi pelan bagaimana Sepanyol boleh menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara. Raja Charles I setuju dengan cadangan Magellan itu. Akhirnya Magellan menyediakan angkatan kapal yang terdiri dari kapal San Antonio, Conception, Victoria , Santiago dan kapalnya sendiri Trinidad bersama kelasi seramai 270 orang.
Kemungkinan Enrique merupakan penduduk Cebu yang bekerja di Melaka semasa Portugis menyerang pada 1511. Mungkin juga Enrique dibawa dari Cebu ke Melaka dan diberi nama Enrique of Melaka. Mungkin juga Enrique seorang Filipino.Tetapi bahasa yang digunakan oleh Enrique ialah bahasa di sekitar Cebu - Bisayan . Enrique dinyatakan bijak berkomunikasi dengan pemerintah tempatan dan ketua pedagang di Nusantara dan bahasa Melayu menjadi lingua franca ketika itu.
No comments:
Post a Comment