Pembinaan istana baru di kawasan seluas 96.52 hektar itu terletak di Jalan Duta Kuala Lumpur.Kompleks itu secara umum mempunyai keluasan lantai sekitar 75,000 meter persegi tidak termasuk ruang letak kereta dan dibahagi kepada empat sayap utama iaitu Sayap Formal, Sayap Diraja, Sayap Pentadbiran dan Sayap Fasiliti Sokongan.Komponen Sayap Formal akan menempatkan Balai Rong Seri, Dewan Mengadap, Dewan Santapan dan bilik istiadat rasmi manakala Sayap Diraja pula menempatkan tempat persemayaman Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permasuri Agong serta kerabat baginda.
Istana yang baru ini mempunyai ciri-ciri binaan Islam tetapi mengekalkan seni tradisional Melayu yang diilhamkan daripada pelbagai negeri Melayu.Mengikut sejarah, Istana Negara sekarang di Jalan Istana adalah sebuah villa kediaman seorang jutawan bernama Chan Wing pada tahun 1928.Selepas penaklukan Jepun, ia menjadi istana Sultan Selangor sehingga 1957 apabila kerajaan pusat mengambilnya untuk dijadikan Istana Negara.
No comments:
Post a Comment